Cinta hatiku...
sambutlah kau hadirku nanti
dengan lembut
dengan santun
kerana aku pulang dengan jasad
penuh biru dek bengkak fitnah hina manusia jahat
kerana aku pulang dengan hati
penuh retak dek hentak cinta mati yang tak hakiki
kerana aku pulang dengan jiwa
kosong tiada hidup tiada nyawa
Hidupkan aku kembali dengan bayumu,
Hidupkan aku kembali dengan dingin airmu,
Hidupkan aku kembali dengan tenang heningmu,
Hidupkan aku kembali pada tiap langkah kakiku
yang tenggelam dalam laman pasir mulusmu
Tenggelamkan sekali kisah hidupku dulu
Hanyutkan sekali kisah itu jauh kedalam dirimu
Supaya akan aku kembali
Meniti hari-hari aku tanpa semua rasa hitam itu.
Supaya aku kembali hidup
Dengan nyawa yang aku hak.
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)