Friday, June 12, 2009

Masih

Kau masih disitu.
Tidak berganjak walau seinci.
Kadang terang menyilau mengalah mentari.
Kadang malap sunyi menyepi.
Kadang jelas, luas, seluas lautan
Mengalah kudrat fikiran menjalar.
Kadang sempit, sendat.
Menghenyak dada, menyesak nafas.

Celaru dengan diammu padaku.
Namun hebah ceritamu tentangku.
Mati akalku.
Hati aku pernah mati kerana kamu.
Kufikir angin itu telah membawamu pergi
Arus itu telah menghanyutmu jauh.

Tapi aku silap.
Kamu masih disitu.
Tidak berganjak walau seinci.
Diam. Kemas.
Dalam sudut hatiku yang semak bercelaru.

Kamu tak pernah pergi.
Ingin skali aku kamu tuntun ke hatimu itu.
Supaya aku juga dapat diam. Kems disitu.
Forever.