Monday, December 26, 2011

Kamu

Ku tanya Dia tentang kamu,
Ternyata msih belum jelas,
Sejelas sinar perasaan ini,
Masih belum jelas kenapa ianya untuk kamu.

Celaru jiwa ini menyelami kamu
Sabar ini teruji mengenali kamu
Sayang ini teruntum kerana kamu

Namun, kerana kamu juga,
Ragu itu ada,
Cemburu itu ada,
Putus asa itu juga terkadang ada.

Ragu akan perasaan yang mungkinkah terbalas,
Cemburu akan diri yang bisa menjadi punca senyummu,
Putus asa kerana, hatiku yang jatuh untukmu,
Masih terkapai, jatuh tak disambut.

Sepertinya jatuh, jatuh hati itu juga sakit.

SH, please don't let me fall flat on the ground....

No comments: