Thursday, February 19, 2009

Maaf

Aku tak niat nak menyepi.
Aku tak niat nak pergi.
Aku tak niat nak cipta girang.
Dan kemudian menyusulkan sepi.
Aku tak niat menimbul benci.
Aku tak niat menyakiti hati.
Aku tak niat, sungguh aku tak niat.

Aku juga tak niat mereka alasan.
Untuk kau faham gerak tindak aku.
Aku juga tidak niat menabur pujukan
Untuk kau maafkan silap aku.

Tidak bermakna semua itu. Aku tau.
Salah aku semua itu. Aku tau.
Jadi.
Sekali lagi.
Aku tak niat.
Sungguh.

Dari aku. Segenap pelusuk hati. Kumohon maaf
Dan jika kau jumpa kesudian untuk memaafkan aku.
Syukur.

4 comments:

Anonymous said...

pertama kali bersua
terlatah mu membuat ku tertawa
manja berjenaka
itu yang ku suka

hati ku yang luka
kini bergelora semula
dan tanpa ku sadar
raut wajah mu terlekat di minda

siang ku yang suram
kini menyapa ku girang
malam ku yang kelam
kini mengalun sayang

namun hadirnya tak berpanjangan
hilang dari bayangan
terbang di awangan

aku tahu mengapa kau perlu menyepi
serta pelbagai alasan yang kau beri
kerna kamu tidak mahu menipu diri
hadir mu bukanlah untuk hati ku ini

jadi tak perlu kau menyusun jari
kerna hati ini yang menipu diri
biarkanlah aku selami diri
moga aku dapat bercinta lagi

terima kasih di atas mentari dan pelangi mu yang berseri

--;<@

Anonymous said...

ur back! hye :) gud one btw

Anonymous said...

-cinta dilupa-

saat pertama memang bahagia
semua diucap penuh bunga
ditambah pula perisa cinta
hidup penuh tawa ria

si dialah segala-gala
si dialah tempat meluah rasa
si dialah yang terlekat di kepala
si dialah juga bermain di mata

pabila lama melangkah bersama
mula muncul masalah segala
timbul pula dalih dan dusta
segala janji segera dilupa

itu semua lumrah manusia
bila pasti dia milik kita
perasaan dia diabai lupa
sehingga dia sedih terasa

bila muncul orang ketiga
baru kita rasa bahaya
baru sedar dia tak punya rasa
rasa yang dulu diulit bersama

hidup rasa gelap gelita
bila dia tidak bersama
dia sudah dirangkul orang ketiga
hati bertambah rasa derita

manusia sering alpa
manusia sering juga terleka
si dia perlu dijaga
perasaan, hati dan juga segala.

Anonymous said...

usually that's the case.. but not in this one.. gud one nonetheless :)