Friday, December 26, 2008

rindu.terubat.

rindu aku padamu
akan terlunas juga.
akan terubat juga.

tak sabar aku nak jumpa kamu.
kau buat aku senyum, ketawa, tenang dijiwa.
kau buat aku mahu berkata segala dan lega.
kau buat aku cinta dan aman dengan cinta itu.

aku seakan boleh membayang.
cerah mentarimu menerang aku.
dingin airmu membasah aku.

aku seakan boleh membayang.
indah bayumu mencium aku.
tenang malam-malammu mendodoi aku.

tak sabar aku nak ketemumu.
melepas lelah yang kukendong dalam hati.
hanya kau yang bisa bantu mereda lelah itu.
tak sabar aku nak ketemumu.

cinta hatiku. sungguh aku tak sabar. :)

No comments: