Monday, March 9, 2009

Ratu Hipokrasi

fahamkan aku
kenapa kau perlu sakitkan hati aku
kenapa kau perlu iri pada aku
kenapa kau perlu saingi aku
kenapa kau perlu hipokrasi sama aku

sedangkan aku fikir
kau sahabat
kau teman
kau keluarga
jelas aku tersasar jauh!

aku menerima kurangmu seadanya.
hipokrasimu
egomu
ketegaran umpatanmu
kata-kata keji kamu yang mampu merodok jiwa

bukan aku tak pernah dengar nasihat teman
bukan aku tak pernah saksi kau lakukan semua
pada kawan kita yang lainnya

kau hebat mengindahkan hina
menyampai cerita
memburukkan kawan.
berita sekecil ruam, kau berjaya menjadikannya kanser.

aku tak nafi kau hebat diarena itu
aku cuma tak sangka kau akan lakukan pada aku
menikam merobek aku hancur-hancur dari belakang
namun jauh dibalik liang-liang hati aku
aku tau masaku kan sampai untuk menjadi mangsa kau
mangsa tikaman hipokrasi kau.

sesal? HUH!
aku harap kau lemas dalam hipokrasimu sendiri.

5 comments:

Wani Ardy said...

uh. ruam. kanser. suka.

desir-hati said...

saya pun suka.. tp sakit hati die.. mcm kene treatment kanker aja dong!!

mary baby said...

wow. datin.
siapa yg sakitkan hati datin nih ?

desir-hati said...

mary baby.. lets talk over shopping shall we? :p adela org tu.. tp awk x kenal die..

Anonymous said...

sape weh sape?
gosssipin......