Friday, November 28, 2008

akhir.

rasa ini perlu akhir disini.

aku dah mula betul-betul suka pada kamu.
sengih budak kamu itu.
kesengalan kata-kata kamu itu.
kecomelan muka kamu itu.
ke cool an kamu itu.
tapi tak suka yang kamu suka lambat!
tapi aku tetap masih suka kamu

facebook kamu dah mula aku lawat tiap hari.(aku dh macam stalker lagaknya ini!)
sms kamu tak pernah aku padam lagi.
akal aku asyik mencari alasan untuk berbicara dengan kamu.
asyik mencari alasan untuk berjumpa kamu.
mulut ini asyik asyik kamu.asyik asyik kamu.

sebelum kawan aku letih nak dengar.
sebelum hati aku bertambah koleksi retakannya.
sebelum jiwa aku tak diam resah tak menentu.
sebelum kamu tanpa belas menolak aku jatuh bawah gaung.

aku rasa.

rasa ini perlu akhir disini.

Thursday, November 27, 2008

ke Tabur lagikah aku?

mungkinkah aku kesana lagi?
ketempat yang dihabur dan dicaci?
melepas rindu pada yang tak perlu.
manusia memang lakunya begitu.

yang memberi sakit dan lelah.
yang tak menghiraukan rindu
itu yang lebih dicari.
mungkinkah aku kesana lagi?

kata hati, mesti!
kata akal, mau mati??
manusia lakunya memang begitu.
memang suka mengikut hati.

nampaknya betullah aku akan ke Tabur lagi. :)

dia tak perasan

muka aku blushing.
dia tak perasan.
jantung aku bergendang.
dia tak dengar.
senyum aku malu.
dia tak tahu.

akal aku mula bersoal.
hati aku mula berkhayal.
jiwa aku mula bergetar.
ragu aku mula merayap.

lelaki musika berbaju hijau.
aku malu .tapi mahu.
eh tapi aku tak pasti.
yang aku tahu.
aku senyum pada kelibat kamu.
eh rimas dengan rasa ini.
tapi aku senyum tak terhenti.
pada kelibat kamu.
walau kamu tak perasan.

Monday, November 24, 2008

bukit itu hidup.

semalam aku tercabar.
dek batu yg mencuram.
dek panas yang menggelegak
dek hujan yang menyiram.
membuat tanah di kaki dicaci dan dibenci!

sekerat jalan aku mula menyesal.
bodoh.bodoh.bodoh.
namun jalan keluarku hanya terus.
terus lepas cerunam berbantalkan gaung.
terus lepas tanah-tanah lembik berdindingkan lalang.

sekerat jalan itu juga aku mula sedar.
betul kata teman sependakian.
perjalanan kita hari itu sama seperti kehidupan.
tiada undurnya.
cuma terus.
penuh rintangan.
susur jalur dipenuhi akar dan tanah
menggadai nyawa dicelahan cerunam batu.
namun seperti pendakian itu.
hidup juga ada indahnya.
seperti lumut hijau acap permaidani menghias cantik dilantai bukit.
seperti indah langit dan pintalan awan.
seperti Jejaka dibatuan menunjuk jalan.

aku menjadi orang lain semenjak itu.
bagaimana, masih aku tak tahu.
aku tahu aku lain.
aku juga sedar hidup ini penuh rintangan.
tapi aku sedar indah pelangi, kilau taburan bintang.
sentiasa dihujungan.

jadi aku tahu, untuk bertemu indah pelangi.
untuk menari dibawah taburan bintang.
aku perlu rintangan itu.

aku juga tahu yang aku tiada jalan lain selain terus.
jadi akan aku indahkan perjalananku.
bantu aku untuk terus.
bantu aku untuk bertemu indah pelangi itu.
bantu aku untuk menari bawah taburan bintang.

di cerunam itu.
berteman kawan-kawan baru.
aku belajar tentang hidup.
aku belajar tentang aku.
aku tahu aku lain.
sebab aku dah tak benci
batu yg mencuram.
panas yang menggelegak
hujan yang menyiram.

Saturday, November 22, 2008

ego.

the day i satisfy my bruised ego.
was the day i fell.
flat on my face.
i realized.
i know it's time for me to go.

aku tahu aku harus pergi.
aku tidak lagi boleh mengampu berat bayang kamu.
aku sudah rimas dengan bingit dalam pundakku tentang kamu.
monolog dengan diri asyik memenangkan kamu.
khayal hati asyik mengenangkan kamu.
jiwa retak juga kerana kamu.

hidup aku terlalu menuntun kepada kamu.
aku lupa kekuatanku.
aku lupa kegembiraanku.
aku lupa hak hidupku.
aku tak mahu sesat sebegitu.
jadi aku tahu aku harus pergi.

aku pohon kau jangan dekati.
bantu aku kali ini.

Friday, November 21, 2008

orang tak nampak

aku nak nangis dalam hujan.
sebab orang tak nampak.

Wednesday, November 19, 2008

kawan di sungai

di sungai itu.
semua ketawa.
semua menggila.
lupa lelah lama.

kederasan air sungai itu.
sederas tempoh kenal.
namun kuharap.
persahabatan kita sekukuh tertanam seperti batu-batu.
tak berganjak.
walau kuat derusan air yg menerjah.

di sungai itu.
aku tahu aku akan merindu kamu kawanku.
sungguh.

Saturday, November 15, 2008

kegilaan!

kegilaan.
kau racun aku!
pergi kau jauh.
tidak fahamkah kau yang aku benci
aku jijik pada kau!
tak ada lagi sekelumit ruang had untuk kau berhibernasi,
meraja dalam jiwa aku.

jiwa aku kosong.habis kau kikis.kau bunuh.
kau bunuh tawa girang.
kau bunuh aman tenang.
kau fikir kau sudah jaya meraja aku.
lalu kau suka-suka memperlaku aku!
kau salah!
kau jangan harap kau nak bunuh aku.
semacam kau bunuh tawa girang aku.
semacam kau bunuh aman tenang aku.
sekarang aku kata kau pergi.
pergi jauh!
kau tak ada hak pada aku.
tiada hak lagi.
kau tak lagi boleh meraja aku.
mengikis habis tenagaku memikirkan kau hey kegilaan!
sampai masa untuk aku hidup kembali.
ketawa kembali.
tenang kembali.

eskapismaku.
akanku sampai padamu nanti.
mungkin pada tarikh ulanglahirku nanti.
untuk aku mohon bantumu.
untuk aku buang kegilaan dalam perutmu.
kau telanlah dia.kau lenyapkanlah dia.
dari hati aku.dari jiwa aku yang lelah! serabut! sedih!
aku sudah penat nak benci.
aku hanya ingin ketawa. jujur.tanpa topeng.

kun fayakun.

kun fayakun.
jika itu yang tertulis untuk aku.
pada loh mahfuz.
merindu kamu .
mencinta kamu .
tanpa kamu merindu aku mencinta aku.
maka kun fayakun.

akan aku terus cuba telan pahit realiti itu.
kerna telah terpesan kepada aku.
jangan putus dengan yang Satu.

akan aku terus rentas onak duri ini.
akan aku terus cuba redha sesak nafas ini.
akan aku terus cuba seka air mata ini.
akan aku terus gigih mengukir senyum ini.

kerana aku perlu percaya.
kun fayakun.

Friday, November 14, 2008

kata kamu.kata aku.kata aku.

kata sms kamu..

"hai, buat apa?"

kata sms aku..

"baru pulang dari bercuti"

.............................................................................

namun, kata hati aku

kamu mahu tahu aku buat apa? betul-betul ingin tahu?

aku sama sahaja.sama seperti 7 bulan lalu.
masih mengukir kata rindu pada angin moga sampai ia dalam ragamu.

aku sama sahaja.sama seperti 7 bulan lalu.
masih mengharap rindu ini terubat setiap kali mata ini meleret ke tingkap berbinar cahaya rumah kamu.

aku sama sahaja.sama seperti 7 bulan lalu.
masih menyeka alir pedih luka mengharap kamu cium jadi elok

aku sama sahaja.sama seperti 7 bulan lalu.

masih sama.
masih manusia yang patah hati.


0015,
somewhere in Lembah Beringin

bulan.

bulan indah.bulan terang.
layankan senduku, layankan rinduku.
tuntunkan cahayamu pada sang cinta.
agar tetap terarah dia dalam bias sinar indahmu.
moga nanti terarah dia untuk berkongsi terang denganku.

bulanku.
selimuti jiwaku yang runtun dek dia.
senyumkan kilau bintang-bintangmu padaku.
malam ini aku ingin benar merasa tenang.

2100,
somewhere in Kedah

Monday, November 10, 2008

impianku.

impiku ketenangan bening subuh.
namun jerih lelah panas mentari yang mencium.

impiku biru kristal air laut.
namun tetes hujan penuh asid yang mencair.

impiku hijau padang berwangi embun.
namun jelaga pekat likat sesak paruku.

impiku mendakap cinta kamu.
namun yang kudakap yang kucinta.
hanya sepi, hanya sendu.

Saturday, November 8, 2008

when.

when i did all I can and all I knew.
when I did then best I know how and all I knew.
and, when I can only hope, I will not loose my faith.
because then i know that I'll be doing fine.
that I will be content.
then I surrender all.

p/s: I'm not really sure if I wrote this because this is from my archive. I did not quoted anybody but I am not positively sure I wrote it either. But, whatever it is.. Enjoy :)

maybe.

Having dreams
Of everything beautiful
And it came true..or atleast for a while
Maybe if I have more faith
Then it will stay a little bit longer..

Having faith
Was beautiful when it lasted...
But how was I to know believing faith
I was betrayed…
Or was i?
Maybe putting hope will make it stay a little bit longer...

Having hopes
Not as beautiful as faith
But I still hang on to it..
Again, I was betrayed….
Maybe having heart will save me from all the pain…
Once was said..every cloud has a silver lining…
I guess I still have clouds…
Maybe having patience will get me my silver lining…

drown

being drown.
in a sea of people and still lost and lonely.
just doesn't make sense.

orang kata.

orang kata ada suka dalam duka.
ada senyum dalam tangis.
ada cahaya dalam kesamaran.
ada hati dalam kekejaman.
tapi kenapa aku tak jumpa?
siapa orang yang kata itu?
dia penipu!

senggang.

senggang merekflesi diri.
namun aku benci senggang.
dia tunjuk yang aku tenat.
dia tunjukkan yang aku lara.
dia tunjukkan yang aku remuk.
dia tunjukkan yang aku sepi.
aku benci senggang.
tapi kenapa dia lagi malah suka aku?!

lari.

lari itu indah.
buat jiwa nan keruan.
buat jiwa yang lepas diawangan.
buat jiwa yang malah dirundum nestapa.
kehadapan bintang jatuh, aku ingin lari.

kehadapan bintang jatuh

Assalamualaikum. First posting dedicated to ShairaAmira for the encouragement and Wani Ardy for the inspiration :)

kehadapan bintang jatuh.
aku rindu.
rindu senyum.
rindu nada.
rindu gurau.
aku benci.
benci ego.
benci prasangka.
benci kehilangan.
aku sayu.
dalam hati.
dalam jiwa.
pada jasad.
ingin senyum.
pada hati.
pada jiwa.
dengan jasad.
kehadapan bintang jatuhku H.
aku rindu