semalam aku tercabar.
dek batu yg mencuram.
dek panas yang menggelegak
dek hujan yang menyiram.
membuat tanah di kaki dicaci dan dibenci!
sekerat jalan aku mula menyesal.
bodoh.bodoh.bodoh.
namun jalan keluarku hanya terus.
terus lepas cerunam berbantalkan gaung.
terus lepas tanah-tanah lembik berdindingkan lalang.
sekerat jalan itu juga aku mula sedar.
betul kata teman sependakian.
perjalanan kita hari itu sama seperti kehidupan.
tiada undurnya.
cuma terus.
penuh rintangan.
susur jalur dipenuhi akar dan tanah
menggadai nyawa dicelahan cerunam batu.
namun seperti pendakian itu.
hidup juga ada indahnya.
seperti lumut hijau acap permaidani menghias cantik dilantai bukit.
seperti indah langit dan pintalan awan.
seperti Jejaka dibatuan menunjuk jalan.
aku menjadi orang lain semenjak itu.
bagaimana, masih aku tak tahu.
aku tahu aku lain.
aku juga sedar hidup ini penuh rintangan.
tapi aku sedar indah pelangi, kilau taburan bintang.
sentiasa dihujungan.
jadi aku tahu, untuk bertemu indah pelangi.
untuk menari dibawah taburan bintang.
aku perlu rintangan itu.
aku juga tahu yang aku tiada jalan lain selain terus.
jadi akan aku indahkan perjalananku.
bantu aku untuk terus.
bantu aku untuk bertemu indah pelangi itu.
bantu aku untuk menari bawah taburan bintang.
di cerunam itu.
berteman kawan-kawan baru.
aku belajar tentang hidup.
aku belajar tentang aku.
aku tahu aku lain.
sebab aku dah tak benci
batu yg mencuram.
panas yang menggelegak
hujan yang menyiram.
Monday, November 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
yaya, kenapa ko tulis smua ni... buat aku tersentak, terderai air mata, terhenti nafas seketika, terkesima, tersayu membaca smuanya...=,(
fizakodi
fiza..aku sayang kau..sbb tu aku tulis semua ni..
(read: beg lawa mahu satu!! :p )
salam rekreasi.....
walaupun takde jamban... takde restoran...takde transport... tapi banyak yang kita boleh belajar bila kita keluar dari kepompong keselesaan..... HAKIKAT RIMBA...
Post a Comment