Saturday, November 15, 2008

kegilaan!

kegilaan.
kau racun aku!
pergi kau jauh.
tidak fahamkah kau yang aku benci
aku jijik pada kau!
tak ada lagi sekelumit ruang had untuk kau berhibernasi,
meraja dalam jiwa aku.

jiwa aku kosong.habis kau kikis.kau bunuh.
kau bunuh tawa girang.
kau bunuh aman tenang.
kau fikir kau sudah jaya meraja aku.
lalu kau suka-suka memperlaku aku!
kau salah!
kau jangan harap kau nak bunuh aku.
semacam kau bunuh tawa girang aku.
semacam kau bunuh aman tenang aku.
sekarang aku kata kau pergi.
pergi jauh!
kau tak ada hak pada aku.
tiada hak lagi.
kau tak lagi boleh meraja aku.
mengikis habis tenagaku memikirkan kau hey kegilaan!
sampai masa untuk aku hidup kembali.
ketawa kembali.
tenang kembali.

eskapismaku.
akanku sampai padamu nanti.
mungkin pada tarikh ulanglahirku nanti.
untuk aku mohon bantumu.
untuk aku buang kegilaan dalam perutmu.
kau telanlah dia.kau lenyapkanlah dia.
dari hati aku.dari jiwa aku yang lelah! serabut! sedih!
aku sudah penat nak benci.
aku hanya ingin ketawa. jujur.tanpa topeng.

5 comments:

sAfFiYaHnAjLah said...

"aku hanya ingin ketawa. jujur.tanpa topeng."

indah sekali..

sy menunggu ketibaan waktu itu..

desir-hati said...

tunggu utk i ke utk u? haha.. :)

FoO dA fIrSt#1 said...

orang bandar pandai bermadah macam orang kampung....

qiddas said...

what starts with e and ends with mo?

desir-hati said...

wutever dude!! wutever