Friday, November 14, 2008

kata kamu.kata aku.kata aku.

kata sms kamu..

"hai, buat apa?"

kata sms aku..

"baru pulang dari bercuti"

.............................................................................

namun, kata hati aku

kamu mahu tahu aku buat apa? betul-betul ingin tahu?

aku sama sahaja.sama seperti 7 bulan lalu.
masih mengukir kata rindu pada angin moga sampai ia dalam ragamu.

aku sama sahaja.sama seperti 7 bulan lalu.
masih mengharap rindu ini terubat setiap kali mata ini meleret ke tingkap berbinar cahaya rumah kamu.

aku sama sahaja.sama seperti 7 bulan lalu.
masih menyeka alir pedih luka mengharap kamu cium jadi elok

aku sama sahaja.sama seperti 7 bulan lalu.

masih sama.
masih manusia yang patah hati.


0015,
somewhere in Lembah Beringin

2 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

amboih, ada blog tak cakap pun...

kedekut tullll....

lagik satu, buang la word verification tu.....

Anonymous said...

err.. hye foo..kene ke bgtau awak? saye kenal ke awak? :p